Category Archives: Tips

Koleksi 20 petua kempiskan perut buncit yang berkesan!! – Muhafis

Assalam..

Bulan ni tema entri saya semuanya kebanyakannya mengenai kecantikan, penampilan diri dan tips suami isteri. 

Hari ini saya nak kongsikan pula tips dan petua untuk mengempiskan perut bagi lelaki dan wanita. Anda nak petua kempiskan perut?

Hihi..kenapa nak kempiskan pulak..bukan ke mereka yang perut buncit tu penyayang orangnya?

Macam info ni..

Bukan saya yang kata yer.. ini adalah hasil kajian. 😉

Takpelah jika anda berperut buncit, tetapi masih sihat dan tiada penyakit serius. Tapi jika anda tidak menjaga pemakanan anda, bukan sahaja perut menjadi buncit, tetapi kesihatan anda juga terjejas.

Saya nak kongsi satu fakta..

* Perempuan dengan lemak ekstra di perut, memiliki kemungkinan 30% lebih besar mengalami migrain daripada perempuan tanpa kelebihan lemak ekstra di perut, bahkan setelah memperhitungkan kegemukan secara keseluruhan.


* Lemak perut juga telah dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan diabetes. Sekarang, penelitian terbaru menunjukkan, lemak perut juga dikaitkan dengan peningkatan risiko mengalami migrain, paling tidak sampai usia pertengahan.

Hmm..risau jugak bila baca fakta ni..Apapun, ini adalah koleksi petua dan tips mengempiskan perut yang saya kumpulkan dari banyak sumber yang sesuai bagi lelaki dan wanita..

Petua Mudah Kempiskan Perut Buncit

(Secara tradisional)

 #PETUA 1 (Asam Jawa)

Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

#PETUA 2 (Daun lidah buaya, asam jawa)

Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.

#PETUA 3 (Limau nipis, kapur sirih)

Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.

#PETUA 4 (Limau nipis, air)
Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda juga akan beransur turun.

#PETUA 5 (Teh Cina, limau nipis)

Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

#PETUA 6 (Teh hijau, Serbuk kayu manis, madu lebah)
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

#PETUA 7 (Minyak kelapa)

Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Sejukkan, kemudian sapu ke perut. Biarkan seketika selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan setiap hari.

#PETUA 8 (Kapur makan, daun sirih, minyak kayu putih, limau nipis)

Bagi wanita selepas bersalin yang ingin mengempiskan perut kembali, amalkan campuran bahan ini untuk berbengkung. Campurkan sedikit kapur makan, beberapa helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan sesudu air limau nipis. Sapukan pada perut dan berbengkunglah seperti biasa.

Rujukan:

Haa..yang ni pulak rutin yang perlu anda amalkan setiap hari jika anda benar-benar nak kempiskan perut.

Rakan saya juga ada beritahu, main hola hop pun insyaaAllah, boleh membantu kempiskan perut juga..katanya berkesan baginya dan mungkin juga bagi anda..so, ini adalah #PETUA 9 Kempiskan perut yer..di bawah adalah lagi 10 petua/ tips yang boleh membantu anda mengempiskan perut melalui aktiviti dan amalan anda pula…cubalah!!

tips kempiskan perut buncit

Sumber : mauceriasokmo.blogspot.com/


PS: Keyakinan anda menurun sebab perut yang buncit?

Inginkan cara yang mudah untuk kempiskan perut?

Senang je! Dapatkan Krim Habbatus Sauda + Halia Sekarang 

–> KLIK SINI UNTUK INFO

Hubungi saya, Muhafis 0127522085

KLIK -> https://api.whatsapp.com/send?phone=60127522085

Bagaimana Teh Hijau Bantu Saya Hilang 10kg Dalam Masa 2 Bulan

Perkongsian ini adalah dari tuan Harith Faisal dalam Facebook peribadinya.


Sebelum ini kami pernah berkongsi Post kebaikan teh hijau dalam usaha kempiskan perut buncit.

TEH HIJAU: 2 BULAN TURUN 10 KG

3 Minuman Wajib Untuk Kempiskan Perut Buncit, amalkan minum teh hijau untuk kempiskan perut, harithfaisal, kebaikan teh hijau boh, kempiskan perut buncit, minum teh hijau, minum teh hijau waktu malam, orang melayu minum teh hijau, teh hijau, teh hijau boh, teh hijau boh kuruskan badan, teh hijau kempiskan perut buncit, teh hijau untuk slim

Gambar Sebelum

3 Minuman Wajib Untuk Kempiskan Perut Buncit, amalkan minum teh hijau untuk kempiskan perut, harithfaisal, kebaikan teh hijau boh, kempiskan perut buncit, minum teh hijau, minum teh hijau waktu malam, orang melayu minum teh hijau, teh hijau, teh hijau boh, teh hijau boh kuruskan badan, teh hijau kempiskan perut buncit, teh hijau untuk slim

Gambar Selepas


Benda ni antara yang saya amalkan sepanjang saya diet 2 bulan ni.

Yup! Hari ni genap 2 bulan saya mula diet. Dah dapat turun 10kg tanpa sebarang supplement. Diet kurang kalori.

Saya makan nasi, makan ayam, makan ikan, makan sayur, makan spegeti. Makan je, tapi saya kurangkan pengambilan dia. Memang tinggal air bergula kecuali masa cheat day.

Saya tak pasti betul ke tak dari segi saintifik. Tapi saya rasa sendiri, bila saya amalkan minum teh hijau ni, perut tak masuk angin, tak sebu dan tak kembung sepanjang diet saya ni.

Okay kejap. Saya google dulu. Tak sah kalau tak pakai skil menggoogle saya yang hebat sejak azali ni. Haha!

Jadi, teh hijau ni katanya kalau kau amalkan dia setiap hari;

1. Dapat berikan tenaga.
2. Dapat tingkatkan pembakaran lemak.
3. Dapat tingkatkan metabolisma.
4. Sekaligus, dapat turunkan berat badan.

Sila cuba kepada yang tengah diet. Yang saya buat ni memang air teh hijau kosong. Takda gula, takda susu.

Mula-mula rasa memang tak sedap. Lama-lama tak sedap jugak. Eh!

3 Minuman Wajib Untuk Kempiskan Perut Buncit, amalkan minum teh hijau untuk kempiskan perut, harithfaisal, kebaikan teh hijau boh, kempiskan perut buncit, minum teh hijau, minum teh hijau waktu malam, orang melayu minum teh hijau, teh hijau, teh hijau boh, teh hijau boh kuruskan badan, teh hijau kempiskan perut buncit, teh hijau untuk slim

Kat mana nak beli? 99 Speedmart.

Saya pakai dua brand teh hijau jenis uncang. Uncang jelah. Senang nak buat, kan. Sehari saya pakai 2-3 uncang saja.

 

Biasa satu uncang, saya pakai 2 round sebab nak jimat.

1. Ahmad Tea Jasmine Green Tea 25 teabags harganya RM4.40 saja. (Sedap)

2. Boh Green Tea 50 Teabags harganya RM9.40 saja. (Kurang sedap)

Doakan saya dapat turun lagi a few kilo untuk sama berat masa saya zaman bujang. Jaga kewangan, bagus untuk miliki aset. Jaga kesihatan, bagus kerana badan adalah aset.

Sebelum ni hari-hari cerita pasal pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah. Hari ni buang tebiat sikit cerita pasal pengalaman turun berat badan pulak.

 

Lantaklah.

Kalau jumpa saya kat luar dan nampak saya dah susut berat badan, ringan-ringankanlah mulut tegur, “Eh Harith, nampak macam dah kuruslah”. Itu motivasi untuk saya.

Haha! – HF

#harithfaisal


SHARE
jika bermanfaat.

TAG kawan korang yang konon tengah diet.

Nota: Next time saya akan cerita apa sarapan saya sepanjang 2 bulan ni ya. Stay tune! Dah beribu SHARES dah rupanya. Habislah stok teh hijau kat 99 Speedmart minggu ni. Haha!


Bagi yang berminat untuk mendapatkan Krim Halia + Habbatus Sauda yang In Sha Allah terbukti berkesan boleh KLIK SINI atau Whatsapp saya Muhafis di nombor 0127522085 atau klik https://api.whatsapp.com/send?phone=60127522085 untuk whatsapp tanpa save nombor telefon.

Terima kasih. 🙂

Cara saya kempiskan perut buncit dengan mudah tahun ini

Pelbagai cara kempiskan perut yang digunakan pengguna di luar sana. Baik tradisional atau moden.

Tahun ini, saya masih mengekalkan cara lama untuk kekal slim fit (macam jenis seluar pulak) untuk kempiskan perut

Cuma saya terpaksa tinggalkan mengambil pil herba untuk kurus sebab gastrik saya semakin teruk dan saya pernah disahkan mengalami ulser perut.

Perut saya alah dengan herba!

Cara saya untuk kempiskan Perut mungkin berbeza dengan orang lain.

Saya cuma amalkan mengambil dan gunakan perkara di bawah

  1. Minum teh hijau dua kali sehari

  2. Sapu losyen halia + habbatus sauda

  3. Memakai bengkung untuk lelaki

1) MINUM TEH HIJAU

Seperti yang saya kongsikan seperti post sebelum ini berkaitan teh hijau, kelebihan yang terdapat pada teh ini selain mengandungi antioksida yang tinggi, ia juga dapat meningkatkan metabolisma dalam badan.

Bila metabolisma tinggi, berat badan tidak mudah bertambah seterusnya perut akan lebih langsing berbanding orang yang mempunyai metabolisma yang rendah

Jenama teh hijau yang saya pilih ialah BOH atau Ahmad Tea. Mengapa?

Sudah tentulah kerana harganya lebih murah di pasaran berbanding teh hijau yang dijual di farmasi

Cubalah!

P.S – Cara pengambilan yang betul untuk kempiskan perut ialah teh hijau ini perlu di ambil kira-kira 30 minit selepas makan.

2) SAPU LOSYEN ATAU KRIM HALIA HABBATUS SAUDA

Berbalik pada kesan yang saya gunakan apabila memakan produk herba untuk kurus, saya terpaksa memilih cara lebih selamat untuk kempiskan perut.

Saya pilih untuk gunakan krim dan losyen kerana saya percaya lebih selamat dan berkesan. In sha Allah

Oleh sebab produk yang berasaskan halia sesuai untuk kempiskan perut buncit, saya pilih losyen Halia dan habbatus sauda keluaran syarikat bumiputera untuk membantu mendapatkan perut yang slim fit.

Bahan utama dalam losyen ni adalah

  1. Halia

  2. Habbatus Sauda

  3. Minyak Bunga Matahari

Campuran bahan tersebut sangat serasi dengan saya lebih lagi selain kempiskan perut, minyak bunga matahari seperti yang kita kenal tinggi dengan vitamin e.

So, bila kita sapu dalam masa yang sama kulit kita jadi licin dan cantik. Hilang selulit stretch mark bagai bila kita konsisten sapu losyen ni.

Sis, bila perut dan slim langsing, selulit pun hilang, agak-agak en husband kita teringin tak cari lain? Haha

Hubungi Muhafis, 0127522085 untuk pembelian atau info lanjut.

3) PAKAI BENGKUNG TIAP HARI

Memang nampak janggal bila lelaki pakai bengkung kan, tapi percaya tak kalau saya bagitau yang tahu saya pakai bengkung atau girdle ni cuma isteri saya sahaja!

Hahahahaha

Selama ni saya memakai bengkung tiap hari dan termasuk semasa berada di ofis. Bila di pejabat memang rakan sepejabat tak perasan pun saya pakai bengkung ni.

Mungkin bila sebut bengkung ni ramai yang menyangka saya memakai bengkung nursajat atau yang mahal-mahal. 

Saya tak mampu pakai bengkung sajat, saya cuma order bengkung dari lazada sahaja. :-p

Pemilihan bengkung ni bergantung pada kemampuan. 

Bengkung, korset, girdle atau apa saja panggilan di beri, matlamatnya hanyalah satu, nak kempiskan perut buncit guna bengkung.

Ni jenis bengkung yang saya gunakan

Bengkung ni saya pilih sebab saiz dia besar, dan untuk saya, saya pilih yang jenis macam tali pinggang sahaja untuk memudahkan saya buang air nanti. Haha!

Saiz M ni dia biasa sebelum saya pakai bengkung ni saya sapu losyen halia habbatus sauda ni dulu untuk mempercepatkan pembakaran lemak di perut.

Mula-mula bila pakai memang tak selesa. Lama-lama okie dah

Pemakaian terhad selama 6 jam sehari dan jangan pakai semasa tidur ya. Kurang sesuai 🙂

Okie, sampai sini dulu saya nak share cara saya kempiskan perut dengan mudah, selamat, berkesan.

Apa yang saya kongsikan mungkin tidak sesuai atau tidak serasi dengan orang lain. 

Tapi,

Alhamdulillah serasi dengan badan saya 

Apa pun cara yang korang gunakan yang penting matlamatnya adalah sama iaitu nak kempiskan perut buncit! Haha

Selamat mencuba dan semoga kita berjaya kempiskan perut buncit.