Cara saya kempiskan perut buncit dengan mudah tahun ini

Pelbagai cara kempiskan perut yang digunakan pengguna di luar sana. Baik tradisional atau moden.

Tahun ini, saya masih mengekalkan cara lama untuk kekal slim fit (macam jenis seluar pulak) untuk kempiskan perut

Cuma saya terpaksa tinggalkan mengambil pil herba untuk kurus sebab gastrik saya semakin teruk dan saya pernah disahkan mengalami ulser perut.

Perut saya alah dengan herba!

Cara saya untuk kempiskan Perut mungkin berbeza dengan orang lain.

Saya cuma amalkan mengambil dan gunakan perkara di bawah

  1. Minum teh hijau dua kali sehari

  2. Sapu losyen halia + habbatus sauda

  3. Memakai bengkung untuk lelaki

1) MINUM TEH HIJAU

Seperti yang saya kongsikan seperti post sebelum ini berkaitan teh hijau, kelebihan yang terdapat pada teh ini selain mengandungi antioksida yang tinggi, ia juga dapat meningkatkan metabolisma dalam badan.

Bila metabolisma tinggi, berat badan tidak mudah bertambah seterusnya perut akan lebih langsing berbanding orang yang mempunyai metabolisma yang rendah

Jenama teh hijau yang saya pilih ialah BOH atau Ahmad Tea. Mengapa?

Sudah tentulah kerana harganya lebih murah di pasaran berbanding teh hijau yang dijual di farmasi

Cubalah!

P.S – Cara pengambilan yang betul untuk kempiskan perut ialah teh hijau ini perlu di ambil kira-kira 30 minit selepas makan.

2) SAPU LOSYEN ATAU KRIM HALIA HABBATUS SAUDA

Berbalik pada kesan yang saya gunakan apabila memakan produk herba untuk kurus, saya terpaksa memilih cara lebih selamat untuk kempiskan perut.

Saya pilih untuk gunakan krim dan losyen kerana saya percaya lebih selamat dan berkesan. In sha Allah

Oleh sebab produk yang berasaskan halia sesuai untuk kempiskan perut buncit, saya pilih losyen Halia dan habbatus sauda keluaran syarikat bumiputera untuk membantu mendapatkan perut yang slim fit.

Bahan utama dalam losyen ni adalah

  1. Halia

  2. Habbatus Sauda

  3. Minyak Bunga Matahari

Campuran bahan tersebut sangat serasi dengan saya lebih lagi selain kempiskan perut, minyak bunga matahari seperti yang kita kenal tinggi dengan vitamin e.

So, bila kita sapu dalam masa yang sama kulit kita jadi licin dan cantik. Hilang selulit stretch mark bagai bila kita konsisten sapu losyen ni.

Sis, bila perut dan slim langsing, selulit pun hilang, agak-agak en husband kita teringin tak cari lain? Haha

Hubungi Muhafis, 0127522085 untuk pembelian atau info lanjut.

3) PAKAI BENGKUNG TIAP HARI

Memang nampak janggal bila lelaki pakai bengkung kan, tapi percaya tak kalau saya bagitau yang tahu saya pakai bengkung atau girdle ni cuma isteri saya sahaja!

Hahahahaha

Selama ni saya memakai bengkung tiap hari dan termasuk semasa berada di ofis. Bila di pejabat memang rakan sepejabat tak perasan pun saya pakai bengkung ni.

Mungkin bila sebut bengkung ni ramai yang menyangka saya memakai bengkung nursajat atau yang mahal-mahal. 

Saya tak mampu pakai bengkung sajat, saya cuma order bengkung dari lazada sahaja. :-p

Pemilihan bengkung ni bergantung pada kemampuan. 

Bengkung, korset, girdle atau apa saja panggilan di beri, matlamatnya hanyalah satu, nak kempiskan perut buncit guna bengkung.

Ni jenis bengkung yang saya gunakan

Bengkung ni saya pilih sebab saiz dia besar, dan untuk saya, saya pilih yang jenis macam tali pinggang sahaja untuk memudahkan saya buang air nanti. Haha!

Saiz M ni dia biasa sebelum saya pakai bengkung ni saya sapu losyen halia habbatus sauda ni dulu untuk mempercepatkan pembakaran lemak di perut.

Mula-mula bila pakai memang tak selesa. Lama-lama okie dah

Pemakaian terhad selama 6 jam sehari dan jangan pakai semasa tidur ya. Kurang sesuai 🙂

Okie, sampai sini dulu saya nak share cara saya kempiskan perut dengan mudah, selamat, berkesan.

Apa yang saya kongsikan mungkin tidak sesuai atau tidak serasi dengan orang lain. 

Tapi,

Alhamdulillah serasi dengan badan saya 

Apa pun cara yang korang gunakan yang penting matlamatnya adalah sama iaitu nak kempiskan perut buncit! Haha

Selamat mencuba dan semoga kita berjaya kempiskan perut buncit.

Advertisements

Tagged: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: