7 Cara Kempiskan Perut Buncit

cara mudah kempiskan dan hilangkan perut buncit lelaki dan wanita dengan slimming tummy patch murah (5)Amalkan 7 cara ini untuk mendapat kesan yang maksimum pada badan anda.

1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

ubat kempiskan perut buncit tanpa kesan sampingan
5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Selamat mencuba!


P/S: WOWWWW! Nak tau cemana Nazrin Nasser berjaya turunkan Saiz pinggang sebanyak 9 inci cuma dalam masa SEBULAN?? Klik Sini → http://goo.gl/0iLT6r

Cara Mengatasi Masalah Perut Buncit

Cara Hilangkan Perut Buncit?

Mara Lagi Kehadapan Perutku!

Cara Mengatasi masalah perut buncit? Artikel ni ditujukan khas kepada lelaki saja ya sebab masalah perut buncit ni sering menyerang lelaki je lagi-lagi selepas berkahwin.. Ada tak istilah lain bagi perut buncit ni? Ya, memang ada.. Perut Mara Ke depan.. Kalau anak sedara anda yang baru berumur 5 tahun mula tegur perut anda, “Uncle, dalam ni ada baby boy yek?”.. Ahah , itu bermaksud anda dah berada dalam keadaan KRITIKAL dah tu..

cara mudah kempiskan dan hilangkan perut buncit lelaki dan wanita dengan slimming tummy patch murah (2)
Namun, jangan merungut lagi.. jangan risau sebab masalah perut buncit boleh diselesaikan dengan sebenarnya. Cuma anda je belum tau.. teruskan pembacaan OK?

5 Tips simple untuk mengatasi masalah Perut Buncit.

Mandi Bunga Boleh Hilangkan Perut Buncit? Haha, Lupakan!
Tips pertama ialah Mandi bunga!! Ye ke? Tak de lah,tu gurau je tu nak bagi suspen.. Mandi bunga kalau anda masih tak kawin-kawin lagi.. Yang tu kenalah mandi bunga TAPI kalau perut buncit, tips-tips di bawah mungkin boleh membantu :

Lepas makan terus tido.. Ni paling terbaik, dah makan ular sawa dah.. Ini yang akan menyebabkan kebuncitan paling melampau.. Jangan nak ikut pula tau.. Paling-paling pun kalau nak tidur pun biarlah 3-4 jam selepas makan.

Lepas makan, relax dulu dalam 30 minit barulah mandi.. Itu pun kalau tak nak perut buncit lah.. kalau anda Tanya saya, “Ehh.. yeke nihh”. Jawapan saya, “try lah sebulan”.. Oh ya, jangan lupa ambil ukuran perut dulu sebelum buat ya, ehh ehh.. ni nak kempiskan perut ke apa ni?

cara mudah kempiskan dan hilangkan perut buncit lelaki dan wanita dengan slimming tummy patch murah (1)
Makan 2-3 suap, pastu minum air.. makan 4-5 suap lepas tu minum air lagi.. Ohhh.. jangan ya kawan.. cuba elakkan cara makan begini ya kalau nak kempiskan perut.. Nak minum air biar 10 minit selepas makan, AIR MASAK maksud saya, bukan air sirap bandung lak.. “Ala.. tak best lah air masak, tak sedap”.. Jawapan saya: “Ni nak tips elak perut buncit ke nak tips membuncit kan perut ni.. hadoiii”

Kalau boleh, anda makan makanan yang direbus.. ayam rebus, ikan rebus.. memang tips ke-4 atasi Perut Buncit ni agak extreme sikit kan.. sebab tu ada perkataan ‘kalau boleh’ kat depan tu. Memang diakui sukar nak berkomitmen dengan tips ke-4 ni TAPI cuba lah ya, panggang, rebus, steam berbanding bergoreng.. “alahh.. nak ayam goreng jugak!” Jawapan saya : “tambahkan Oats dalam sarapan awak ya Abang hensem”

Air masak minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari. “Huisshh.. biar betul, perut buncit dah.. lagi mau minum air lagi ke? kang gemuk air pulak kang bro” Jawapan saya : “Air masak membantu dalam proses perkumuhan.. Ya, proses ‘uk uk’ dan proses ‘shu shu’ disamping membantu menyingkirkan toksin dalam badan”.

Sumber – Blogger En. Ben


P/S: WOWWWW! Nak tau cemana Nazrin Nasser berjaya turunkan Saiz pinggang sebanyak 9 inci cuma dalam masa SEBULAN?? Klik Sini → http://goo.gl/0iLT6r

5 tips mengatasi masalah perut buncit

Antara punca utama yang menyebabkan masalah perut buncit adalah disebabkan sistem penghadaman yang tidak lancar.

Berikut adalah 5 tips yang dapat membantu melancarkan lagi sistem penghadaman anda dan secara tidak langsung dapat membantu untuk mengatasi masalah perut buncit yang anda hadapi.

(1) Pengambilan Jus limau

– Sebaiknya, pada awal pagi sebelum anda bersarapan, anda perlu meminum segelas jus limau. Ini kerana ia dapat membantu membersihkan sisa-sisa makanan dan juga asid yang tertinggal didalam perut anda. Antara minuman lain yang boleh anda gunakan adalah seperti lemon dan epal hijau.

(2) Elakkan minuman sejuk ketika makan

– Makanan akan lebih cekap dicernakan sekitar suhu badan. Minuman sejuk akan merendahkan lagi suhu badan dan akan melambatkan proses pencernaan makanan.

Ini secara tidak langsung akan memberi masalah perut buncit kepada anda. Sekiranya anda seorang yang perlu minum ketika makan, ambil minuman yang panas atau suam. Dan jika anda mampu bertahan untuk minum setengah jam selepas anda makan adalah lebih baik.

cara mudah kempiskan dan hilangkan perut buncit lelaki dan wanita dengan slimming tummy patch murah(3) Berpuasa sunat

– Berpuasa adalah satu cara paling berkesan untuk merehat dan melancarkan sistem penghadaman anda. Untuk yang beragama islam, ia tidak akan memberi masalah, tetapi kepada yang bukan, anda boleh berpuasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan pada waktu siang dan hanya makan pada waktu lewat petang mengikut jadual yang telah anda tetapkan.

(4) Kunyah makanan sehingga betul-betul hancur

– Salah satu mekanisme terpenting untuk sistem penghadaman manusia tetapi sering diabaikan adalah mengunyah makanan sehingga hancur. Mengunyah adalah peringkat pertama untuk proses pencernaan dan juga sebagai isyarat kepada organ-organ untuk merembeskan jus pencernaan (enzim pankreas, asid perut, dan lain-lain) untuk menerima makanan yang akan masuk.

cara mudah kempiskan dan hilangkan perut buncit lelaki dan wanita dengan slimming tummy patch murah (11)(5) Kombinasi makanan

– Salah satu faktor lain yang menyebabkan masalah perut buncit adalah memilih kombinasi makanan yang tidak baik untuk sistem pencernaan manusia. Makanan terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu , karbohidrat (roti, kentang, beras), protein (daging, tenusu, kacang, soya) dan lemak (minyak masak). Ketiga-tiga makanan ini tidak baik dimakan dalam satu hidangan.

Selain daripada itu, pendapat pakar juga menyatakan bahawa makanan laut dan darat tidak baik untuk kesihatan jika turut dihidangkan dalam satu hidangan.


P/S: Dah Cuba 1001 Cara, Tapi Masih Tak Berjaya Kempiskan Perut Buncit? Ketahui Rahsia Nazrin Nasser turunkan Saiz Pinggang sebanyak 9 Inci TANPA PERLU BELI UBAT / SUPLEMEN. Klik Sini → http://goo.gl/0iLT6r

4 Jenis Makanan Untuk Kuruskan Badan

Ramai yang mencari dan masih tercari-cari cara nak kuruskan badan. Ada yang sanggup habis beribu-ribu ringgit untuk menguruskan berat badan semata-mata demi kecantikan paras rupa.

Tips atau cara-cara untuk menguruskan berat badan ada perlbagai kaedah. Antara kaedah yang boleh diamalkan ialah mengambilan makanan yang berkhasiat dan makan secara berdiet. Kaedah memakan ubat-ubatan amatlah tidak digalakkan kerana dikuatiri mengandungi bahan yang merbahaya kepada tubuh.

Makanan Untuk Mengamalkan Berat Badan Secara Sihat

cara-kurangkan-berat-badan-teh-hijau tummy patch kempiskanperutbuncit
Teh hijau

TERLALU banyak kajian yang menunjukkan khasiat teh hijau. Antaranya, kajian di Jurnal Antarabangsa obesiti, polyphenol mendapati, teh hijau dapat menjaga berat badan stabil dan boleh meningkatkan metabolisme serta turut membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.

Kajian sains mendapati apabila anda minum dua hingga empat cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan, sebanyak 17 peratus lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat. Sebaiknya, minum teh hijau ketika anda melakukan aktiviti untuk meningkatkan lagi kesannya.

Teh hijau juga antara penyelesaian yang dicari bagi kebanyakan orang dalam program pengurusan badan. Beberapa kajian membuktikan ekstrak cannatic dan asid gymnemic dalam teh baik untuk mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis. Selain itu, teh hijau juga membantu melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan.

Amalkan meminum teh setiap hari memberi keajaiban terhadap penurunan berat badan dan ia elok diambil sebelum makan.

limau gedang kempiskanperutbuncit tummy patch
Limau Gedang

BEBERAPA penyelidikan menunjukkan buah ini mempunyai reputasi baik dalam menentang lemak kerana mengandungi bahan khusus membakar lemak pada tubuh.
Kajian dilakukan di Scripps Clinic terletak di La Jolla, California menunjukkan kebenaran fakta ini. Pengkaji mendapati, pengambilan separuh daripada limau gedang sebelum menikmati makanan mampu menurunkan berat badan. Pengkaji juga melakukan kajian terhadap kapsul limau gedang, jus dan dan isi asli limau gedang sendiri.

Namun, menikmati limau gedang itu sendiri lebih baik untuk memperoleh khasiat yang sepenuhnya. Kajian mendapati limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

Separuh daripada limau gedang hanya mengandungi tiga kalori. Limau gedang mengandungi asid sitrik yang dapat mengurangkan kalori terkandung dalam makanan yang kita makan. Selain itu limau gedang juga mengandungi vitamin C yang baik untuk badan.

cuka kempiskanperutbuncit
Cuka

CUKA memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi malah, digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh masyarakat Greek dan Mesir.

Pengambilan cuka sebanyak satu sudu teh dikatakan, melambatkan rasa lapar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan zat tepung. Bau cuka mungkin kurang disenangi tetapi khasiatnya banyak termasuk mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit, seperti kanser, jantung, arthritis, alergi, gangguan pencernaan serta memecahkan molekul lemak, sekali gus membantu proses penurunan berat badan.

Kajian di Minnesota, Amerika Syarikat, menunjukkan orang yang mengambil cuka epal dua sudu setiap hari selama lapan minggu dapat meningkatkan tahap kolesterol baik high density lipoprotein (HDL).

Pengarang buku, Khasiat Cuka – Cairan Ajaib Penyembuh Alami, Cal Orey, menyatakan cairan ini dihasilkan dari fermentasi buah yang kaya gula. Di antaranya cuka epal, cuka anggur merah, cuka malt, dan cuka beras.

Cuka juga sudah terbukti membantu menurunkan berat badan. Bahkan, selain sebagai campuran bagi melazatkan makanan, cuka juga cairan pembersih dan pengawet makanan alami.

Bagi umat Islam, cuka adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW dan Rasulullah memakan roti bercicahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sebelum menjamah sebarang makanan.

halia kempiskan perut buncit tummy patch
Halia

SEJAK zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, arthritis, melegakan masalah kekejangan perut dan membantu melancarkan peredaran darah.

Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.

Selain dalam masakan dan minuman, halia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional yang menggunakan campuran herba. Sehingga kini ada 30 hingga 40 spesies halia yang direkodkan digunakan dalam perubatan tradisional.

Bagi yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba mengamalkan petua ini. Kisar tiga inci halia dengan setengah cawan air. Tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan meminumnya sebelum tidur.

Wanita yang ingin langsing selepas bersalin, kebanyakan turut memanfaatkan halia bagi memenuhi hasrat itu. Antara kaedah digunakan ialah mencampurkan menumbuk lumat halia bersama lada hitam dan ikan bilis. Kemudian dicampurkan dengan perahan air limau untuk dimakan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

Pengambilan makanan tambahan dalam masakan ini bagus kerana ia adalah secara natural dan tidak menganggu sistem tumbesaran badan. Semoga ianya bermanfaat kepada anda semua.


P/S: Dah Cuba 1001 Cara, Tapi Masih Tak Berjaya Kuruskan Badan? Ketahui Rahsia Nazrin Nasser turun 5KG Sebulan TANPA PERLU BELI UBAT / SUPLEMEN. Klik Sini → http://goo.gl/0iLT6r

5 tabiat yang menjadi punca gemuk atau Obesiti

cara mudah kempiskan dan hilangkan perut buncit lelaki dan wanita dengan slimming tummy patch murah (21)

Antara punca kegemukan yang berlaku di Malaysia ialah ;-

(1) Makan makanan rendah/bebas lemak

– Pasti anda berasa pelik mengapa makanan yang lebih sinonim sebagai cara terbaik untuk kurus tetapi sebenarnya menjadi punca gemuk. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sememangnya kandungan kalori didalam makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit.

Tetapi ia akan membuatkan seseorang untuk berasa lapar lebih cepat. Tidak semestinya makanan yang mengandungi banyak kalori anda perlu elak seratus peratus. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan perancangan pemakanan yang betul dari pakar.

(2) Tidur terlalu sedikit/banyak

– Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama.

air gas punca makan banyak kali kempiskanperutbuncit
(3) Minuman bergas

– Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.

(4) Elak waktu makan

– Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk.

Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan meransang seseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.

(5) Makan terlalu cepat

– Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebihan. 

Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.


P/S: Dah Cuba 1001 Cara, Tapi Masih Tak Berjaya Kuruskan Badan? Ketahui Rahsia Nazrin Nasser turun 5KG Sebulan TANPA PERLU BELI UBAT / SUPLEMEN. Klik Sini → http://goo.gl/0iLT6r

7 punca mengapa anda makan banyak kali

Punca kena makan banyak kali? Sebab lapar? Tak juga.

Pasti anda pernah mengalami situasi dimana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ianya tidak baik untuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkan masalah ini berlaku?

air gas punca makan banyak kali kempiskanperutbuncit
(1) Minum terlalu banyak minuman manis
– Hasil daripada kajian oleh University of California di San fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh menipu otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon Leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

(2) Makan makanan bertin
– Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon Leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti. AWAS!

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi
– Hasil kajian terhadap 6746 orang selama 4 tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak 2 kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran
– Khasiat didalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

cara-kurangkan-berat-badan-teh-hijau tummy patch kempiskanperutbuncit
(5) Tidak minum teh kurang gula
– Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak
– Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu meminum air masak terlebih dahulu.

(7) Kebosanan
– Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.


P/S: Dah Cuba 1001 Cara, Tapi Masih Tak Berjaya Kempiskan Perut? Ketahui Rahsia Nazrin Nasser turunkan Saiz Pinggang sebanyak 9 Inci TANPA PERLU BELI UBAT / SUPLEMEN. Klik Sini → http://goo.gl/0iLT6r

6 cara menurunkan berat badan paling mudah

6 Cara di bawah diyakini dapat mengurangkan berat badan juga mengempiskan perut kita yang buncit. Jom amalkan sesama.

gula getah kempiskan perut
(1) Mengunyah gula-gula getah
– Sesiapa yang mengunyah gula-gula getah selama 15 minit setiap sejam di antara waktu makan tngahari (12p.m ke atas) hingga ke makan petang (4p.m-7p.m) telah membakar lebih kurang 60 kalori (8 grams) berbanding daripada mereka yang tidak memakan gula-gula getah.

(2) Minuman Jus Sayuran / Buah
– Dalam sebuah kajian terhadap 81 orang dewasa, dengan meminum jus sayuran rendah natrium setiap hari, risiko penyakit jantung dan diabetes dapat dikurangkan.Mereka juga akan kehilangan 4 pound selama 12 minggu, berbanding minuman rendah lemak yang lain hanya kehilangan 1 pound.

cara-kurangkan-berat-badan-teh-hijau tummy patch kempiskanperutbuncit
(3) Minum Teh hijau
– Sesiapa yang mempunyai masalah kegemukan atau obesiti, dengan melakukan senaman dapat membakar 3 pound lemak atau lebih dan 7 peratus lemak masalah perut buncit dapat dikurangkan dengan meminum teh hijau. Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan minuman yang manis dan bergas.

(4) Tidur secukupnya
– Hasil kajian daripada 32 orang pelajar musim panas Hendrix College di Conway, Arkansas selama tiga minggu menunjukkan bahawa mereka yang tidur satu atau dua jam tambahan dapat menurunkan lebih kurang 300 kalori (1.4 grams).

cendawan kempiskanperutbuncit
(5) Pengambilan Cendawan dalam makanan
– Menurut daripada hasil kajian kesihatan Johns Hopkins Bloomberg School, para penyelidik menganggarkan bahawa jika anda menggantikan daging kepada cendawan sekali seminggu, anda boleh kehilangan 5 pounds dalam setahun.

(6) Mengamalkan Plan diet Simple Untill Six
– Hasil daripada penulisan Mark Bittman, plan diet yang beliau cadangkan adalah dengan mengambil makanan sayuran sahaja pada siang hari (tiada daging, tiada karbohidrat) dan ambil makanan yang berpatutan pada sebelah malam. Ini adalah cara untuk mengurangkan kalori secara semulajadi.


P/S: Susah nak kecilkan bahagian bawah badan (Perut, Pinggul, Paha)? Ketahui Rahsia Nazrin Nasser turun 5KG Sebulan TANPA PERLU BELI PRODUK. Klik Sini → http://goo.gl/0iLT6r