5 Cara pemakanan yang mempengaruhi tidur

Tidur dan makan adalah perkara yang biasanya berkait pada waktu malam. Namun terdapat juga tidur selepas makan yang selalu diamalkan oleh sesetengah dari kita pada waktu tengahari terutamanya bagi yang bekerja dalam suasana pejabat khususnya. Sungguh! Memang sedap je lepas makan kita tidur, nyenyak sangat tapi AWAS kerana perkara ini tidak elok di amalkan.

Baca penerangan di bawah:-

1. Makan terlalu banyak atau terlalu sedikit boleh mengganggu tidur anda

– Sekiranya anda mengambil makanan ringan beberapa jam sebelum anda tidur, ia dapat membantu untuk memudahkan tidur anda, tetapi sekiranya anda makan terlalu banyak, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan terhadap sistem pencernaan yang akan membuatkan tidur anda terganggu.

2. Kafein boleh mengganggu tidur

– Bagi sesetengah orang, makanan atau minuman yang mengandungi kafein di dalamnya boleh mengganggu tidur mereka. Jika anda seorang yang sensitif terhadap kafein, elakkan daripada mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kafein pada waktu petang dan malam hari.

Contoh kafein yang membuatkan kita sering terjaga adalah White Coffee ataupun stok kopi 3 in 1. Terdapat dari kita juga mudah terkena migrain pabila meminum Nes (Bergantung pada sesetengah orang).

cara mudah kempiskan dan hilangkan perut buncit lelaki dan wanita dengan slimming tummy patch murah (20)
2. Elakkan mengambil makanan yang berlemak pada waktu malam

– Sekiranya anda mengambil makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi pada waktu malam, ini akan memungkinkan sistem pencernaan anda tidak dapat berfungsi dengan baik dan akan menyebabkan perut anda memulas. Ianya akan menggangu waktu tidur anda.

Contoh ayam goreng segera yang banyak di jual di Pasaraya.

3. Jangan makan pada waktu tengah malam

– Anda perlu mengelak daripada penyakit pedih hulu hati sebelum terlambat. Makan pada waktu tengah malam adalah salah satu puncanya. Selain daripada itu juga, berbaring dalam keadaan perut yang penuh akan mendorong asid dan jus perut mengalir sampai ke pangkal kerongkong dan akan menyebabkan mulas yang mengganggu tidur.

Contoh makan semasa menonton movie di televisyen dan Laptop lewat malam sambil mengambil makanan berat seperti Burger Ayam dan daging yang kemudiannya kita terus je tidur.

4. Jangan minum air terlalu hampir dengan waktu tidur anda

– Cuba elakkan daripada minum beberapa jam sebelum waktu tidur. Ini adalah untuk mengurangkan keperluan anda pergi ke tandas di waktu malam.

Digalakkan untuk mengambil segelas air mineral sebelum tidur sahaja untuk memudahkan pencernaan.

5. Susu dan madu dapat membantu tidur

– Susu mengandungi triptofan, asid amino esensial yang merupakan diet semulajadi untuk membantu tidur anda. Triptofan akan meningkatkan jumlah serotonin yang merupakan sebagai ubat penenang untuk otak. Inilah punca utama mengapa begitu banyak ubat tradisional menggunakan susu atau madu sebagai ramuan untuk herba mereka.

Karbohidrat akan membantu untuk memudahkan kemasukan triptofan ke otak. Sebiji pisang dengan susu memberikan vitamin B6, yang membantu untuk menukar triptofan ke serotonin.


P/S: WOWWWW! Nak tau cemana Nazrin Nasser berjaya turunkan Saiz pinggang sebanyak 9 inci cuma dalam masa SEBULAN?? Klik Sini → http://goo.gl/0iLT6r

Advertisements

Tagged: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: